CARIAN

Sunday, 20 July 2025

Langkah mudah untuk mohon lesen CIDB G1

 Jika anda baru nak mulakan bisnes dalam bidang pembinaan, lesen CIDB adalah syarat WAJIB. Tanpa lesen ini, anda tak boleh mohon tender kerajaan atau buat kerja pembinaan secara sah.



Berikut ialah langkah mudah untuk mohon lesen CIDB G1 (permulaan) bagi syarikat kontraktor:


Antara dokumen yang diperlukan bg PPK

  • Sijil SSM (Borang D atau Borang 9, 24, 49)

  • Salinan IC pengarah

  • Penyata bank 3 bulan

Pilih Gred & Kategori Bagi G1

Untuk kontraktor baru, daftar G1 (projek bernilai bawah RM200,000). Pilih bidang seperti:

  • B (Bangunan)

  • CE (Kejuruteraan Awam)

Lantik Pegawai Teknikal-Jika G1 hingga bumi 

Pegawai teknikal boleh jadi pengarah syarikat atau staf yang ada sijil teknikal berkaitan — minimum SKM Tahap 3 atau Diploma.



Thursday, 10 July 2025

CARA APPLY SCORE DAN SPKK BAGI LESEN CIDB


 Ramai sebenarnya yanng keliru dengan step pendaftaran lesen kontraktor ni.

Ada yang ingat lesen kontraktor ni, after daftar, terus xpayah nak renew apa and ada yang tak tahu pun yang apabila nak masuk government tender, kita perlu ada sijil SPKK dan STB. Padahal SPKK n STB yang agensi kerajaan dok sebut dulu. Tapi tak kurang juga yang cari dulu info before nak masuk trnder. Bertuah lah kontraktor tersebut. Dan itu adalah ciri-ciri kontraktor cemerlang yang pasti one day, dia akan kerap mememenagi tender kerajaan ni.


Ok, saya cerita sedikit tentang SKOR dan SPKK.

SCORE ni sebenarnya, step yang paling utama dan berat sebba part ni kau xlepas, maka xboleh nak next n next lagi dah.

Nak dapat SCORE yang cantik, xmudah ye. Banyak aspek CIDB akan nilai..Antaranya financial, pengurusan projek, amalan terbaik dan beberapa aspek lain. Ini yang menentukan syarikat tersebut layak dapat berapa bintang sebenarnya. Dan actually lately nak dapat gred yang cun, banyak keperluan lain.


Ok, done for SCORE dan now SPKK stand for SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN.  Nama sijil pun dah jelas kan. Jadi, kerja kern memang perlukan sijil ni. Macam mana nak dapat? Ia pun dikerluarkan oleh CIDB, dan nak dapat dia mesti make sure part SCORE tadi tu melepasi syarat minuman berapa bintang mengikut gred.

So macam ni lah step dia... PPK---SCORE----SPKK----STB

Thursday, 3 July 2025

Prosedur memohon Lesen Kementerian Kewangan (MOF)

 MAKSUD LESEN MOF

Lesen MOF ialah Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) yang membolehkan syarikat layak menyertai tender & sebutharga kerajaan.


SYARAT KELAYAKAN

  1. Syarikat berdaftar dengan SSM (Enterprise, Partnership, Sdn Bhd)

  2. Akaun bank syarikat aktif

  3. Alamat premis/rumah yang sah

  4. Sekurang-kurangnya 51% milikan Bumiputera (jika mohon status Bumiputera)

  5. Menyerahkan dokumen seperti yang diminta untuk semakkan


DOKUMEN DIPERLUKAN

Untuk Syarikat Enterprise / Partnership:

  • Sijil SSM

  • Salinan IC pemilik/rakan kongsi/Salinan IC staf

  • Penyata akaun bank syarikat (3 bulan terkini)

  • Bil utiliti premis / perjanjian sewa

Untuk Syarikat Sdn. Bhd:

  • Sijil SSM (/superform/ssm einfo) 

  • Salinan IC semua pengarah/ic staf

  • Penyata bank syarikat

  • Perjanjian sewa

  • Resolusi Lembaga Pengarah (jika perlu)