Kepada Kontaktor Yang Baru Menceburi Dalam Bidang Ini
Kontraktor terbahagi kepada 2 bahagian
Kontraktor Pembinaan / Mekanikal / Elektrikal / Paip (KONTRAKTOR PEMBINAAN)
Kontraktor pembekalan
KONTRAKTOR PEMBINAAN / MEKANIKAL / ELEKTRIKAL / PAIP
=========================================
– Kontraktor Pembinaan anda hanya perlu mendaftarkan syarikat dan CIDB,
– Kontraktor Mekanikal anda hanya perlu mendaftarkan syarikat dan CIDB,
– Kontraktor Elektrikal anda hanya perlu mendaftarkan syarikat, CIDB dan ST,
– Kontraktor Paip anda hanya perlu mendaftarkan syarikat , CIDB dan SPAN,
Sekiranya anda ingin memohon kerja-kerja dengan Kerajaan, anda perlu memohon SCORE/SPKK yang di uruskan oleh CIDB dan TARAF BUMI yang di uruskan oleh PKK.
Sekiranya ingin menjadi kontraktor yang buat kerja dengan pihak SWASTA cukup sekadar anda ada CIDB/ST/dan SPAN
KONTRAKTOR PEMBEKALAN
====================
Kontraktor Pembekalan ini adalah kontraktor yang membekal barangan seperti perabot, peralatan sekolah, hospital dan banyak lagi. Ia juga meliputi kontraktor perkhidmatan seperti Potong Rumput, bersih bangunan, angkat sampah dan banyak lagi.
Kontraktor Pembekalan cukup sekadar mempunyai syarikat dan lesen kewangan dan sijil taraf bumiputra yang di keluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
No comments:
Post a Comment