: :>>"..MARI BERURUSAN BERSAMA KAMI" ImageChef Custom Image ImageChef Custom Images ImageChef Custom Images

http://lesenmof.blogspot.com/2011/07/kod-bidang.html

Friday, 29 July 2011

Perniagaan Internet WAJIB di daftarkan!!

Mari kita saling ingat mengingati. Bukan nak buat cerita yer...Pendaftaran perniagaan bukan keperluan ok TETAPI kewajiban untuk didaftarkan..SO..kepada sesiapa yang menjalankan perniagaan di internet, sila berdaftar ok...

2010/07/20
PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.
Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.
Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.
“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya. – Bernama
Sumber: Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment